~Bincangkan falsafah komunikasi pembangunan~
Komunikasi adalah suatu keadaan di mana berlakunya pengaliran maklumat melalui saluran tertentu dengan tujuan tertentu.Manakal pembangunan merupakan suatu keadaan fizikal dan bukan fizikal yang berubah ke arah yang lebih baik. Merujuk kepada Hamdan dan Zulkarimein 1992.
“ komunikasi pembangunan adalah penggunaan komunikasi sebagai penggerak atau penggembling manusia bagi mencapai pembangunan yang diingini.”
Falsafah komunikasi pembangunan menegaskan bahawa komunikasi perkhidmatan yang membawa pembangunan serta perubahan yang positif menuju suatu sistem sosial dan ekonomi yang di putuskan sebagai kehendak daripada suatu bangsa. Roger telah menyatakan bahawa komunikasi merupakan dasar daripada perubahan sosial. Perubahan yang dikehendaki dalam pembangunan tentunya perubahan ke arah yang lebih baik atau lebih maju daripada situasi sebelumnya. Oleh itu, peranan komunikasi dalam pembangunan perlu dikaitkan dengan arah perubahan sikap masyarakat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik mengikut masa dan situasi yang berbeza. Ini bermakna kegiatan komunikasi perlu mengantisipasikan gerak pembangunan. Dalam proses pembangunan, partisipasi atau penyertaan masyarakat adalah amat penting dalam memastikan pembangunan yang dijalankan berjaya. Hal ini kerana pembangunan adalah untuk masyarakat dari masyarakat serta untuk manfaat masyarakat itu sendiri. Dalam proses pembangunan, partisipasi atau penyertaan masyarakat adalah amat penting dalam memastikan pembangunan yang dijalankan berjaya. Hal ini kerana pembangunan adalah untuk masyarakat dari masyarakat serta untuk manfaat masyarakat itu sendiri. Partisipasi bermaksud penyertaan masyarakat dalam program yang dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk masyarakat melibatkan diri dalam merubah sesuatu persekitaran dan keadaan. Alastaire (1991) dan Shirley White (2003) menyatakan partisipasi adalah keterlibatan masyarakat setempat secara aktif dalam. Pendekatan partisipasi boleh digunakan dalam pelbagai konteks seperti pembangunan untuk pertanian, komuniti, politik, ICT diluar bandar, alam sekitar dan perhutanan, gender dan penggunaan teknologi pertanian serta kesihatan. Ia dikatakan bahawa pembangunan adalah suatu proses yang menekankan pada keselarasan atau keseimbangan di antara aspek kemajuan insaniah dengan kemajuan fizikal. Jelas bahawa pembangunan sumber manusia merupakan elemen terpenting dalam memastikan negara terus berdaya saing lebih-lebih lagi dalam zaman sejagat yang berlandaskan ilmu pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi. Oleh itu, kualiti pendidikan adalah diutamakan supaya warga Malaysia dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni untuk menjadi tenaga kerja berprestasi tinggi. Manakala kemajuan daripada aspek pembangunan fizikal bermaksud terdapat banyak kemudahan infrastuktur moden, termasuk jaringan lebuh raya, lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan bertaraf dunia. Pelbagai teori yang boleh dikaitkan dengan komunikasi pembangunan terutama dalam konteks partisipasi. Teori yang pertama adalah teori modenisasi. Teori ini diasaskan oleh Max Weber tetapi telah dikembangkan kemudiannya oleh Daniel Lerner, David McCelland dan Hagen. Menurut teori ini ia menjelaskan bahawa pembangunan hanya akan dapat dicapai sekiranya masyarakat ingin berubah daripada sikap dan nilai yang tradisional kepada sikap dan nilai yang baru. Teori ini berandaian bahawa, kemunduran sesuatu tempat adalah disebabkan kurang pembangunan dan juga kurang dari segi mengatasi kemiskinan. Selain itu, faktor dan nilai tradisional yang masih diamalkan menghalang kepada pembangunan masyarakat. Teori yang kedua adalah teori psikologi sosial. Teori ini diasaskan oleh Frank, Havens dan McCelland. Teori ini berasaskan kepada ciri-ciri sosial, budaya dan psikologi seseorang individu adalah penting serta boleh menggalakkan modenisasi dan pembangunan ekonomi. Menurut teori ini juga, watak dan personaliti individu adalah faktor yang membawa kepada perubahan sosial. Teori ini juga berandaian bahawa perubahan sikap dan nilai adalah prasyarat untuk mewujudkan masyarakat dan sistem ekonomi dan politik yang moden. Selain itu, masyarakat yang menggalakkan tingkah laku keusahawanan dan persaingan adalah lebih maju berbanding dengan masyarakat yang menggunakan pendekatan tradisional. Melalui konteks partisipasi, masyarakat yang mempunyai keinginan untuk melibatkan diri dalam proses pembangunan sesuatu tempat harus mempunyai keinginan sendiri dan di dorong dengan motivasi dan sikap positif terhadap pembangunan. Kesimpulannya, komunikasi pembangunan boleh dirumuskan definisinya sebagai usaha komunikasi dalam pengaliran maklumat bagi mengubah tingkahlaku masyarakat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik, masyarakat diberikan pendedahan dalam ilmu pengetahuan untuk meningkatkan partisipati masyarakat dalam pembangunan modal insanah serta pembangunan fizikal.


Ulasan