
Music : Danny Elfman
Editing : Chris Lebenzon
Release date : 15 July 2005
Budget : $ 150 Million
Running time: 115 minute
Country:US,UK,German
Language : English
Cinematography:Philippe Rousselot
Summary Of The film
Willy Wonka (Johnny Depp) telah membina sebuah kilang coklat yang terbesar dan terkenal di seluruh dunia. Setelah berlaku kecurian resepi rahsia yang dilakukan oleh pekerja kilang tersebut. Willy Wonka memberhertikan semua pekerja-pekerjanya daripada kilang coklat tersebut. Selama 15 tahun kilang itu beroperasi menghasilkan coklat dan menghantarkan coklat itu keseluruh dunia, namun tiada sesiapa pun yang melihat pekerja keluar atau masuk ke dalam kilang coklat tersebut.
Suatu hari, ketika Willy Wonka memotong rambutnya. Dia menyedari rambutnya mempunyai uban (rambut putih). Dia memerlukan seorang pengganti yang layak memimpin kilang coklatnya. Willy Wonka mempunyai rancangan dimana dia membuka kembali kilang coklat itu kepada lima orang kanak-kanak yang bertuah menemukan tiket emas dalam coklat Willy Wonka. Tiket emas dihantar ke seluruh dunia. Terdapat empat pemenang terawal yang menemui tiket emas berkenaan telah diumumkan antaranya ialah Augustus Gloop (Philip Wiegratz), Veruca Beauregard ( Julia Winter), Violet Salt (Anna Sophia Robb), Mike Teevee ( Jordan Fry). Tiket emas terakhir telah ditemui oleh Charlie Bucket (Freddie Highmore). Empat kanak-kanak ini bersama ibu bapa mereka manakala Charlie ditemani oleh Grandpa Joe (David Kelly) yang pernah menjadi pekerja di kilang itu.
Kilang coklat ini sungguh menakjubkan tidak seperti kilang biasa. Dalam kilang mempunyai sebuah taman yang mengandungi pelbagai aneka coklat dan gula-gula. Sebuah sungai coklat yang mengalir bersama air terjun coklat. Pengembaraan Lima kanak-kanak ini mengalami kesukaran menyebabkan seorang demi seorang daripada kanak-kanak ini tersingkir. Namun, pada akhir pengembaraan dimana Charlie adalah kanak-kanak terakhir yang berjaya daripada tersingkir. Wonka menawarkan Charlie untuk terus tinggal di Kilang itu bagi mengabdikan diri pada perniagaan coklat serta meninggalkan kehidupan bersama keluarganya. Charlie Bucket adalah kanak-kanak yang baik.
Walaupun Charlie daripada latar belakang keluarga miskin. Charlie memiliki keluarga yang bahagia tinggal bersama ibu bapa, kakek serta nenek nya. Kehidupan yang ada pada Charlie tidak ada pada Willy Wonka disebabkan Wonka hidup sendirian sepanjang hidupnya. Keadaan ini telah memberi kesedaran kepada Willy Wonka dimana kebahagiaan datang daripada hubungan mesra daripada keluarga.
The Technique of the Film (Cinematography, Angle Shot and Symbol)
Cinematography: Philippe Rousselot, ASC, AFC reteams with director Tim Burton on the whimsical fantasy Charlie and The Chocolate Factory 2005.
Pembikinan filem Charlie and The Chocolate Factory (2005) telah dilakukan dalam sebuah studio Pinewood di England. Pengambaraan filem ini dilakukan selama 8 minggu di studio Pinewood dan mengambil masa 115 minit. Teknikal pengambaraan filem ini mengunakan teknikal aspect ratio ialah specs super 1.85:1, Panaflex Millenium Xl, Platium; Arri 435, Primo lenses, Kodak Vision2 200T 5217, Digital Intermediate.

Sudut pencahayaan filem ini, menghasilkan sudut pencahayaan 2-D dan 3-D pada setiap set pengambaraan. Ia mampu menghasilkan kesan seni visual sesuai dengan pencahayaan yang dihasilkan oleh Rousselot.
Dalam filem ini terdapatnya Loompa oompa (Deep Roy) yang merupakan suku aneh yang bersaiz kecil 4 kaki 2 inci bagi menjalankan kerja-kerja dalam kilang Wonka. Nick Davis daripada The Moving Picture Company (MPC) di London telah mencipta watak Loompa Oompa yang telah dimainkan pada satu watak sahaja iaitu Deep Roy. Dengan ini, menghasilkan kesan seni visual dalam watak Loompa Oompa.



| | |
rujukan sumber:

Ulasan