seks bebas & pembuangan bayi
Masalah pembuangan bayi berlakudisebabkan beberapa faktor diantaranya adalah seperti berikut:.
1) Punca yang paling jelas berlakunya pembuangan bayiadalah disebabkan berlakunya anak luar nikah. Mereka ingin menyembunyikanperbuatan dusta itu sehingga sanggup mempunyai sikap tidak berkemanusiaandengan harapan diberikan peluang menjalani kehidupan baharu. Hal ini jugadiakibatkan daripada mereka yang tidak sanggup dicaci dan dihina oleh komiditi setempat.
2) Sikap masyarakat yang tidak prihatin, berpeluk tubuhserta mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala pembuangan bayi.Masyarakat bersikap sedemikian adalah menganggap isu itu adalah sangatmemalukan. Stigma masyarakat berhubung ibu yang membesarkan bayi tanpa ikatanpernikahan juga mendorong mereka bertindak demikian. ‘Kekejaman’ sikapmasyarakat inilah sebenarnya antara faktor berlakunya tindakan tidakberperikemanusiaan itu.
3) pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yangmenjurus ke arah persetubuhan haram. Selepas itu,masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hinggasanggup mengorbankan anak.
4) Mereka yangmengambil tindakan membuang bayi adalah mereka yang terdesak dan hilangpertimbangan. Mereka ini tidak ada panduan dalam soal agama sehingga tergamakmembuang amanah Allah atau membiarkan bayi itu mati.
5) Shahrizat menyifatkan peningkatan kes buang bayimenunjukkan ramai anggota masyarakat kini mengalami tekanan hidup dan tidaktahu menanganinya dengan bijak. Ini menyebabkan mereka mengambil jalan mudahdengan membuang bayi yang tidak berdosa.
6) Hukuman yang kurang berat jugamenggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Kanun Keseksaan yang memperuntukkanhukuman penjara maksimum kepada wanita yang membuang bayi. Mengikut Kanun Keseksaanitu, tidak ada peruntukan hukuman diberikan terhadap lelaki yang sepatutnyaperlu bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang mendorong kepada tindakantidak berperikemanusiaan tersebut.
7) faktor-faktor lain seperti masalah kewangan, di bawahumur dan tekanan keluarga menyebabkan gadis berkenaan membuang bayi mereka.
8) Galakan daripada badan atau institusitertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuanganak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anakmereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Sebagai contoh ruang yangdikenali sebagai 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negaraini. Bertemakan 'Setiap Kanak-Kanak Memerlukan Sebuah Keluarga', Orphan Careyang didaftarkan pada tahun 2008 dan dirasmikan pada tahun lalu bersediamembantu kanak-kanak yang dibuang.
Contoh isu pembuangan bayi yang di sifatkan sebagai tindakantidak berperikemanusiaan:
ARKIB : 02/06/2011
Bayi barulahir mati dicampak
Oleh ASSIMHASSAN dan ABDUL YAZID ALIAS
pengarang @utusan.com.my
pengarang @utusan.com.my
Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam. |
KUALA LUMPUR1 Jun - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan dipandunya nyaris melanggarmayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat tinggiPangsapuri Sentul Utara di sini, tengah malam tadi.
Wanitaberusia lingkungan 40-an itu sedang mencari tempat letak kereta terkejutapabila ternampak satu bungkusan plastik merah yang pada mulanya disangkakananak patung.
Namun,apabila diperiksa, bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yangbaru lahir dengan kepalanya telah pecah.
Terkejutdengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebutkepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua PolisDaerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadianpukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itubergegas ke tempat kejadian.
Katanya,sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemuiuri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.
"Polispercaya, individu yang mencampak bayi tersebut mahu membuang bayi itu daritingkat tinggi pangsapuri terus ke dalam sebuah tong sampah.
"Inikerana tempat pembuangan sampah pangsapuri itu hanya terletak kira-kira tigameter dari tempat bayi malang itu ditemui," katanya ketika dihubungi UtusanMalaysia hari ini.
Pangsapuriitu mempunyai beberapa buah blok dengan ketinggian 16 tingkat.
Polis,menurut beliau, sedang mengesan pelaku jenayah kejam itu namun ketika ini,belum ada tangkapan dilakukan.
Beliauberkata, siasatan turut menjurus kepada sama ada bayi itu telah mati sebelumdicampak atau meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibuang dari tingkattinggi.
Mayat bayiitu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes tersebutdisiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementaraitu, seorang saksi, Amirun Sharubaini, 23, berkata, dia dimaklumkan olehjiran mengenai kejadian itu dan ternampak mayat bayi tersebut di kawasan lapangkediaman berkenaan.
Katanya,ketika menghampiri mayat itu, dia nampak bayi berkenaan dalam keadaanberlumuran darah dengan kesan pecah di tempurung kepala.
"Keadaanmayat bayi itu amat menyedihkan. Saya dimaklumkan yang bayi itu barudilahirkan," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia diShah Alam, Selangor hari ini.
Amirun yangtinggal di pangsapuri itu sejak 1996 berkata, pihak polis tiba di tempatkejadian tidak lama kemudian untuk memeriksa mayat bayi berkenaan
‘Tidurkan’ bayi dalam tongsampah
Oleh Nor Fazlina AbdulRahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
POLIS membawa mayat bayiuntuk dibedah siasat di Sungai Choh, semalam.
Mayat mangsa dibungkusdengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS
KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayatbayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayaibaru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, HuluSelangor, pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh,44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannyadi kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi YahyaAffandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tongsampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabarjatuh berhampiran kakinya.
“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelumterkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabardan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggotapolis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar keHospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.
Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinandilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itudalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesanpenduduk di sekitar berdekatan.
“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburususpek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikutSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkankematian.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusanberkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.
"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepasdibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masihbertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.
Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempatkejadian untuk menghubungi polis.

rujukan:

Ulasan