Malam kemuncak Tarian Kipas Cina


1 pertandingan menari tarian kebudayaan Melayu, India dan Cina sempena Fiesta Kebudayaan Malaysia. Pada malam tersebut, pertandingan taran kebudayaan adalah tarian Cina & India. Pada petang sebelumnya, ada juga tarian Melayu & India telah di pertandingankan. Pertandingan ini, bermula pada pukul 9 malam.






kumpulan kami dipanggil kedua terakhir untuk menari, biasala dalam pertandingan adanya perasaan gemuruh, tak ada manusia yang tak ada perasaan sebegitu semasa pertandingan di depan khalayak. kami membaca doa untuk menenangkan jiwa masing-masing. Apa yang penting adalah kerjasama. Fighting!!!!!!




kami mewakili Dewan Penginapan pelajar (DPP) Bank Muamalat Universiti Utara malaysia, antara DPP yang terkenal kerana penghuni Hostel yang keseluruhannya adalah jelita-jelitawan sahaja. Pada malam tersebut terdapat DPP lain yang bertanding. Antaranya ialah SME Bank, MISC, TNB, Perwaja dan SIME Darby




kami yang terdiri enam orang jelita-jelita cina bukan, Melayu iya...memperkenalkan dari sudut kanan bahagian atas orangnya yang comey ialah Erna Agustia (diriku), anak jati sarawak yang manja dengan pangilan lyna, sebelahnya adalah orangnya manja dengan panggilan NUn, bahagian bawah sebelah kiri mempunyai jiwa & semangat yang kental & peramah orangnya digelar dengan Sara, kecik bukan sebarang kecik anak kelahiran kelantan itulah G nama yang dikenali. akhirnya gadis silat, nampak kasar & berani...pantang dicabar pentas menari cina dia beraksi...hehehehe...





bergambar bersama wakil DPP SME Bank Kachi


Alhamdulilah, selesai sudah persembahan tarian Kipas Cina kami, walaupun pelbagai dugaan y kami tempuh tapi kami telah membuat yang terbaik diatas pentas semalam. kami terima keputusan juri, sesungguhnya keputusan juri adalah mutadmat..suda adat pertandingan ada menang dan ada kalah. sememangnya ianya adalah lumrah pertandingan. Banyak pengalaman yang kami peroleh daripada malam kebudayaan itu, dimana kami berasa seronok serta bangga menjadi peserta yang mewakili tarian cina. kami yang berasal daripada etnik Sabah & Sarawak & melayu turut menari bersama dan berpakaian Cina. Kami turut beramah mesra dengan India & Cina dan mereka ini sangat mesra dan peramah dengan kami. tidak lupa mengambil gambar dengan mereka. itulah kenangan kami yang tak dapat dilupakan serta diabadikan bersama.


Ulasan

Karendina berkata…
boleh tanya seewa kostum dimana yaa?
Tanpa Nama berkata…
hai cahyaa.. nice costume btw. hehe, kami nanti kena belajar step tarian kipas untuk subjek etnik. sebab semua tak pandai menari boleh tak nak tau cahyaa belajar kat mana yang easy step for beginner? hope you reply soon :)

Catatan Popular