Andai dan ...


Andai aku bisa memutarkan masa,
Andai aku tahu dari awal tentang episod di akhir cerita,

Andai aku dapat lihat di hari esok apa yg bakal jadi antara kita,

Seandainya...

Pasti aku akan menolak salam perkenalan drp manusia yg menjadi penyebab aku sukar 'move on' lebih dri dua tahun lamanya.

Tidak patut aku melampau memberi muka dan terbuka hati.

Tetapi aku harus terima. Dia yg salah itu datang mengusik kehidupan aku terlebih dahulu. Sebelum munculnya dia yg tepat menyempurnakan kekurangan aku.

Semestinya, Allah mahu aku belajar drp sesuatu.

Cinta itu menjadi sakit, bila kau bukan bersama dgn org yg tepat. Disangka kau, dia adalah jodoh yg paling sesuai drpd manusia yg kau kenal. Kesudahannya, baru kau tersedar yang kau hanya menjaga jodoh orang.

Jika dia ingin pergi, usah kau terhegeh-hegeh mengejar. Manusia hati boleh berbolak-balik tiba-tiba. Seandainya dia benar-benar cintakan kau, keputusan utk meninggalkan kau bukan pilihan dia.

Hendak aku sesali dengan dia yg aku kenali. Tetapi, siapalah aku melawan kehendakNya. Sebaik baik perancang adalah Allah.

Meski aku kecewa, meski aku terluka. Percayalah, di suatu saat akan nampak betapa cantiknya ujian Nya disebalik kesedihan yang aku tangisi.

Ulasan

Catatan Popular