Indahnya Penderitaan




Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,
Hendak digagahkan,
Terasa kepayahan,
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada,
Seakan tergambar kerugian..

Disaat kesulitan dan kesukaran menimpa seseorang sehingga ia merasakan kesempitan berlarut larutan, maka hanya ketabahan hati dapat menerangi hati sesaorang dan menjaganya daripada putus asa. Ketabahan merupakan petunjuk yang dapat menyelamatkan diri daripada patah semangat. seseorang menghadapi masalah dalam hidup ini perlu tabah dan sabar merupakan sifat utama yang sangat dibutuhkan oleh setiap insan dalam menghayati kehidupan di dunia dan agamanya. Semua pekerjaan dan cita cita harus dilandasi ketabahan.

Allah telah berfirman surah Muhammad ayat 31: “ Dan sesungguhnya kami benar benar hendak menguji kalian untuk kami ketahui siapa siapa diantara kalian yang berjihad dan tabah(sabar)"

Surah Al hadid ayat : 23: “supaya engkau jangan sedih kalau tidak mendapatkan apa-apa supaya engkau jangan lupa daratan sekiranya mendapatkan dunia.”

Jadikan kehidupan ini bukan sebagai “rumah” kehidupan yang serba bahagia, mantap dan kekal. Jadikan Kehidupan dunia ini adalah “rumah” ujian dan cobaan. Dimana kita keluar dari satu ujian kedalam satu ujian lainnya. Ibarat besi yang ditempa api kemudian dicelupkan kedalam air.

Setiap insan mengharungi cobaan ujian yang menyedihkan dalam hidup. ianya mempunyai banyak sebab-sebabnya. Hikmahnya, kita dapat memahami kehidupan dan bertambah matang menerusi pengalaman pengertian kehidupan dengan berb
agai-bagai tingkahlaku manusia. Suratan takdir yang terkadang menguji dan sebahagian lagi menempuh cobaan yang mungkin mengakibatkan penderitaan, kepedihan yang terkadang mengcekam jiwa sehingga terkadang kita merasakan kekecewaan. Oleh itu kita haruslah berusaha sekuat tenaga untuk menempuh kehidupan didunia ini dan harus yakin bahawa diri kita sedang menyelami lautan yang penuh bergelora dengan rintangan dan bahaya.

“Bersabar menahan diri daripada keseronokan duniawi, sehingga keseronokan tersebut berlalu, lalu aku melatih diriku bersabar, sehingga terbiasa, sehingga selalu dalam keadaan tenang dan tenteram, hati membawa jauh daripada berbagai-bagaipengaruh yang selalu mengecewakan.“terkadang kita sendiri tidak mengetahui apakah sesuatu kejadian itu berguna pada perkara perkara yang disukai atau kita membencinya. Sahabat ambillah ikhtibar dan hikmah diatas apa yang berlaku yang menimpa diri sehingga kita terbiasa dengan perkara perkara yang belaku dan bersiap sedia apa yang akan berlaku, insyaAllah kita akan biasa menghadapi segala dugaan dan cubaan tanpa patah semangat dan putus asa.”

Ulasan

Catatan Popular