HOLIDAY

Cuti stdy week bermula 28hb Oktober sehingga 21 hb November 2010 adalah cuti yang panjang. sungguh seronok bila balik bercuti bersama keluarga. perkara yang menggembirakan adalah berpeluang bersama keluarga tersayang dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Bagi mereka yang tinggal area Semenanjung ni senang je balik rumah. tapi kami yang tinggal jauh "oversea" tak dapat menikmati cuti yang sama seperti kawan-kawan yang tinggal di semenanjung ni. Begitu beruntungnya mereka, mempunyai keluarga yang dekat dengan mereka. Apakan daya kami tak mampu untuk membeli tiket kapal terbang yang mahal untuk balik rumah. nilainya mahal beratus-ratus berbanding tiket bas yang pergi balik rumah mereka hanya RM 100 lebih sahaja. Setiap masa hadapi perkara sama apabila berada diperantauan orang menghadapi hidup yang sentiasa ada penderitaan. Menderita merindui orang rumah. Menangis hati ini tiada siapa yang tahu. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Bersama keluarga hanya sekali, dua kali dalam setahun. Ada kawan Sabah yang langsung tak balik rumah sepanjang pengajian. sedih betul dengan mereka disebabkan faktor kewangan. begini la nasib, hidup sebagai pelajar perantau. hidup mesti cekal, tabah, sabar dan jimat.




Ulasan

Catatan Popular