~~sAhAbaT sEjati~~

Sesungguhnya ku tahu
Bukan mudah bagi ku
Untuk melupakan
Segala kenangan
Yang diukir bersama mu
Sahabat..
Ku merelakan pemergian mu
Demi mencapai hasrat murni mu
Demi cita-cita
Demi harapan
Demi masa hadapan
Kerana kebahagiaan mu
Kebahagiaan ku jua
Sahabat..
Ku harap persahabatan kita
Tiada sempadan
Tiada batasan
Tiada persengketaan
Tiada akhiran
Tiada ku impi akan
Noktah persahabatan kita yang telus ini..

Bukan boleh dibuat-buat,
Tidak bisa disekat-sekat,
Kerana tangisan seorang sahabat,
Mengandungi pelbagai peristiwa yang tersirat,
Wujudnya pertalian menjadi pengikat,
Pertalian yang tidak boleh dikerat-kerat,
Di dalam hati ia tersemat,
Hasil ciptaan Yang Maha Hebat,
Dikala panas ataupun hujan lebat,
Sahabatlah tempat kita bertempat,
Sahabatlah tempat kita berehat,
Sahabat jualah tempat kita meminta pendapat,
Kerana pertalian sahabat dengan sahabat,
Amatlah rapat, terlalu dekat,
Allah mengikat hati para sahabat,
Cukup kemas, cukup erat,
Terciptalah pertalian yang maha keramat,
Bersih, suci dan juga berkat,
Saling tegur dan nasihat,
Bekerjasama juga muafakat,
Tanpa kenal lelah dan penat,
Menjalin pertalian hingga ke akhirat,
Manakan Hang Jebat mengamuk hebat,
Setelah Tuah dituduh khianat,
Kerana bagi Hang Jebat,
Tuahlah sahabat dunia dan akhirat.......
Sahabatku...
kita bagai cerita dalam novel..
ketiadaan dalam sebuah roman..
sahabat sejati selalu yang terdalam..
sebuah harta dalam kehidupan..sebuah cahaya dalam kegelapan..
setitik air dalam kekeringan..
sepercik kasih dalam kebekuan..
dan satu cinta dalam kebersamaan..
kerana sahabat.. adalah hidup dan hidup adalah sahabat..

Bila seorang sahabat menangis
aku juga turut menangis
Bila seorang sahabat berduka
aku jua turut berduka
Bila seorang sahabat bersedih
aku pula turut bersedih
Aku seorang sahabatnya
Mampu memberikan kata-kata
perangsang, nasihat serta motivasi jua
Mampu memberikan petunjuk jalan
agar dapat membuka mindanya
Mampu memberikan senafas kegembiraan
agar kedukaannya tidak berlarutan
Namun...
Kuasa pemutus di tangan engkau
natijah dan kesan di tangan Tuhan
Bila seorang sahabat menangis
Ku simpati dan terus simpati
Hidupku juga gelisah
merenung bagaimana perjalanan hidupnya nanti
yang penuh dengan onak duri
Tapi aku tahu
dia insan yang pasrah
Sabar dan tabah dengan kerenah suasana
Cekal menghadapi dugaan
Kuat menempuhi rintangan dan cubaan
Sanggup menjadi seorang lelaki yang bersifat kelelakian
Membiasakan diri dengan sifat seorang wanita
Dia sahabat yang hebat
Dia sahabat yang bertanggungjawab
Ku temankan hidupnya dengan penjelasan
Menyerikan hariannya dengan pandangan
Menyemarakkannya jua dengan ilmu pengetahuan
Pernah ku ditanya dengan persoalan
Apakah ini membawa padah?
dicemuh, dicaci oleh masyarakat?
Lalu aku menjawab
Beratnya cemuhan ataupun tidak
kau perlu berdepan dan bertindak
Di samping tahajjud hendaklah berserentak
Pohon petunjuk hidayah yang suci
Menjadi pengemis Rabbul Izzati
Agar hidup sentiasa diredhai
Wahai sahabat...
Hidup ini tak lari dari ujian
Melanda, membadai, bergelombang dan menikam
setiap penjuru ia datang
menerkam jiwa membunuh perasaan
Tapi...itulah asam garam kehidupan
menjadikan hidup kita lebih matang
Berjuang tanpa mengira sebarang halangan
demi hari yang mendatang
bekalan untuk berjumpa Tuhan


Ulasan