1.0 PENGENALAN
Dalam era modenisasi ini, jaringan teknologi komunikasi dan maklumat digunakan dalam pelbagai aspek tertentu ini termasuklah media integratif. Penggunaan media integratif yang semakin meluas, bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih malah menggerakkan minda masyarakat supaya mencetus minda kelas pertama yang baru yang memberi serta menambah pengetahuan baru tentang dunia masa kini. Media integratif termasuklah media cetak, elektronik dan media baharu. Media integratif mengandungi elemen-elemen seperti teks,video, audio, grafik dan animasi. Media integratif juga dikenali sebagai multimedia. Perbincangan terhadap isu-isu seperti hakcipta, penapisan, keselamatan dan kerahsiaan dalam teknologi media integratif. Perbincangan berikutnya adalah mengenai trend sebagai agenda perubahan media integratif mengikut masa iaitu zaman digital ini.
2.0 ISU HAKCIPTA
Sering kali plagiat atau lebih dikenali sebagai ciplak dikaitkan dengan hakcipta. Namun adakah plagiat dan cetak rompak membawa maksud yang sama? Ciplak ataupun plagiat menurut Kamus Dewan bermaksud perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan sebarang karya penulisan, produk atau idea orang lain tetapi tetap mengakui karya tersebut adalah sebagai usahanya sendiri. Sebagai contoh ada sesetengah pengurus syarikat yang menciplak hasil idea orang lain untuk mendapatkan tender yang berjumlah sehingga berjuta-juta.
Namun ciplak bukanlah bermakna cetak rompak. Hal ini kerana kedua-dua istilah terbabit boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza. Cetak rompak bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hakcipta, dimana bahan-bahan yang dilindungi oleh hakcipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa mendapat keizinan dari pemilik. Sementara itu pula ciplak pula adalah berkaitan dengan perbuatan meniru karya penulisan atau rekaan yang palsu semata-mata.
Lagi Menurut kamus dewan (1989), hakcipta merupakan hak kekuasaan yang melindungi atas sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang. Ia merupakan hak yang mengenai sesuatu hal tertentu sahaja yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya untuk mengawal penggunaan karyanya bagi suatu tempoh yang telah ditetapkan.
Hakcipta juga merupakan sejenis harta yang diperakui kerana ianya bernilai, boleh dibeli dan dijual, dipindah milik dan juga disewakan (Suhaini Muda dan Ahmad Shamsul Abdul Aziz, 2004). Peranan undang-undang memberi, melindungi dan mengiktiraf hasil karya seseorang ini merupakan satu penghormatan dan galakan kepada individu bagi menghasilkan lebih banyak karya di masa akan datang (Suhaini Muda dan Ahmad Shamsul Abdul Aziz, 2004).
Di antara tujuan penubuhan Akta Hakcipta adalah untuk menggalakkan penghasilan karya. Namun pada masa kini telah banyak kesalahan kes-kes perlanggaran undang-undang hakcipta dilakukan terutamanya berkaitan dengan cetak rompak. Sebagai contoh dipasar-pasar malam banyak cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) dijual secara terbuka. Ahli perniagaan didenda RM13j kerana kes cetak rompak. Pada 25 April 2006 pula lima syarikat termasuk satu syarikat berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) telah dikesan menggunakan perisian cetak rompak. Hal ini kerana pihak polis telah menemui 36 perisian cetak rompak berjumlah RM75,000.00 digunakan syarikat berstatus MSC terbabit. Alangkah begitu seriusnya masalah cetak rompak yang berlaku dinegara kita ini.
Situasi tersebut jelas menunjukkan bahawa kesalahan cetak rompak ini bukanlah dilakukan oleh seorang individu sahaja tetapi adalah satu perancangan dari satu kumpulan yang besar yang mana diketuai oleh pemimpin-pemimpin syarikat. Yang memburukkan ialah apabila terdapatnya syarikat yang menggunakan status MSC tetapi turut terlibat melanggar Akta Hakcipta. Sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada syarikat tersebut.
Apa itu undang-undang Akta Hakcipta? Undang-undang hakcipta adalah untuk melindungi hakcipta di Malaysia. Undang-undang inilah yang diperuntukkan dalam Akta Hakcipta 1987 yang telah ditandatangani oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 30 April 1987 dan ia mula dikuatkuasakan pada tahun itu juga. Akan tetapi, kesinambungan daripada perkembangan penggunaan dan pembangunan teknologi pada masa kini menyebabkan Akta ini telah dipinda untuk memasukkan beberapa lagi peruntukan yang baru dan memansuhkan mana-mana peruntukan yang sudah tidak perlu lagi digunakan. Maka Akta ini telah digantikan dengan Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah karya sastera, karya muzik, karya seni, karya filem dan karya siaran.
Isu berkenaan Hakcipta boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Contohnya ialah dari segi hasil kerja rakaman keaslian dan juga kelayakan. Dibawah Akta Hakcipta 1987, sekiranya seseorang itu telah salah guna hak terhadap sesuatu karya ataupun produk dari mana-mana tuan punya produk maka dia akan bertanggungjawab tehadap perlanggaran hakcipta.
Dalam perbicaraan sastera Malaysia setiap karya sastera dalam apa jua bentuk perlu dihargai kerana ia adalah hak mutlak seorang pemilik. Hal ini demikian kerana ia merupakan penghargaan kepada pencipta dalam bentuk moral. Karya sastera adalah kreativiti, keupayaan seseorang yang perlu dihargai oleh penerbit. Tambahan pula karya-karya ini telah menjadi satu produk yang dapat menyumbang kepada pendapatan yang sangat besar Negara sekaligus meningkatkan tahap ekonomi Negara apabila ia menarik perhatian Negara luar.
Oleh itu ,untuk mengekalkan keaslian sesuatu produk, idea dan karya, kerajaan haruslah mengambil inisiatif dengan mewujudkan badan hakcipta yang menggabungkan persatuan-persatuan penulis sepertimana apabila wujud Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Berhad (MACP) yang bertanggungjawab untuk melindungi bidang muzik tanah air. Ini kerana sebarang bentuk penerbitan tanpa mendapat keizinan pemilik adalah menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa.
3.0 ISU PENAPISAN
Dalam usaha untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat melalui penggunaan media seperti internet, radio, cetakan, dan filem, langkah penapisan perlulah di titikberatkan supaya setiap maklumat itu pada umumnya tidak ada unsur negatif dan memudaratkan dalam aspek ideologi, politik, keagamaan, sosiobudaya, peradaban dan tatasusila. Maklumat tidak sepatutnya antinasional atau memaparkan propaganda ideologi yang bertentangan prinsip Rukun Negara. Ianya tidak boleh sehingga mencetuskan kontroversi kepada negara sehingga boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara, menyentuh sensitiviti kaum, menfitnah, dan sebagainya.
Lembaga yang bertanggungjawab untuk menapis setiap maklumat yang bakal disiarkan ialah Lembaga Penapisan Filem (LPF), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Lembaga Penapisan Filem (LPF) (Penyiaran Dalam Televisyen), Publisher (cetakan), dan bagi internet, ianya tidak mempunyai badan yang khusus kerana kerajaan menganggap penapisan maklumat internet hanya akan menyekat pemikiran dan maklumat untuk perkembangan minda masyarakat. Tetapi ianya dibatasi oleh undang-undang yang menghalang daripada masyarakat melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri, negara dan orang ramai.
Penapisan maklumat ini merangkumi tiga bahagian iaitu dikenali juga sebagai VHS yang bermaksud Vilorence, Horror, dan Seks. Violence bermaksud penapisan berdasarkan kekejaman terhadap fizikal (penderaan melampau), emosi (fitnah) dan sebagainya. Horror pula penapisan yang dibuat berdasarkan cerita seram yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat, sesuatu yang bersifat tahyul, ajaran sesat, dan yang boleh memesongkan akidah. Seks pula berkaitan gambar-gambar ataupun filem-filem yang boleh menaikkan berahi dan boleh mendorong kepada berlakunya gejala seks bebas, rogol, sumbang mahram dan sebagainya.
CONTOH 1:Antara gambar fitnah yang disebarkan untuk menjatuhkan seseorang individu
“TV3 menyiarkan iklan sempena Hari Raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.
Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.
Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.”
CONTOH 3 : petikan yang menggambarkan agama lain yang ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem akibat boleh memesongkan akidah umat ISLAM.
i) PENAPISAN MEDIA CETAK
Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.
Kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Ianya di bentuk untuk memastikan setiap maklumat yang di cetak tidak berunsur fitnah, hasutan, tidak menyentuh sensitiviti kaum, dan tidak mengancam kerukunan negara. Penapisan cetakan merangkumi cetakan buku, majalah, dan surat khabar. Surat khabar lazimnya akan di tapis oleh editor untuk memastikan ianya tidak melanggar undang-undang yang di tetapkan.
ii) PENAPISAN INTERNET
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Alasan maklumat sebagai langit terbuka menyebabkan
Kemudahan mengakses maklumat melalui internet menyebabkan ianya sangat diperlukan dalam penggunaan masyarakat zaman sekarang. Namun terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemudahan ini dengan mengakses gambar dan video pornografi, menabur fitnah, dan sebagainya. Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
iii) PENAPISAN FILEM
Lembaga Penapisan Filem (LPF) merupakan agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Filem yang hendak ditapis LPF ialah yang dirakam kamera bagi tujuan tayangan atau siaran untuk umum. Ini termasuklah filem untuk pawagam, pita seperti cakera laser, cakera padat video, DVD dan sebagainya. Ini bermakna, siaran langsung menerusi TV atau satelit TV dan Internet tidak diliputi oleh Akta Filem (Penapisan) dan ia berada di luar bidang kuasa LPF. Namun, corak media ini dikawal oleh mekanisme tertentu di bawah agensi berkaitan. Penapisan filem diurus beberapa jawatankuasa yang dikenali sebagai panel tapisan, iaitu setiap satu panel dianggotai antara dua hingga tiga ahli. Panel ini dilantik oleh Pengerusi LPF mengikut Seksyen 4(1) Akta Filem.
Dalam tugasnya, panel mengambil kira tema sesebuah filem, kemungkinan kesannya kepada penonton, jalan ceritanya diikuti dengan teliti dari awal hingga akhir serta mengambil kira mesej tersurat dan tersirat. Kemudian, ditentukan pula sama ada bahagian babak, adegan, dialog, suara dan sarikata sesuai atau sebaliknya berdasarkan garis panduan yang berkuat kuasa. Maklumat juga tidak boleh menumpukan kepada amalan agama sesat, mempersenda atau mengkritik agama. Ia juga tidak boleh antiagama atau mirip kepada penafian Tuhan Yang Maha Esa. Cerita dalam filem juga tidak boleh mendorong masyarakat ke kancah perlakuan negatif, membahayakan ketenteraman awam, keselamatan dan ketahanan negara.
Dalam aspek lain, filem tidak boleh mengagungkan keganasan, kekejaman, kengerian dan pelanggaran undang-undang yang boleh menyebabkan penonton meniru. Filem juga tidak boleh memperlihatkan unsur yang ditafsir menyekutukan Allah, mempamerkan wajah rasul atau nabi, serta yang menyentuh perihal akidah atau hantu tahyul.
iv) PENAPISAN TELEVISYEN
Penerbitan rancangan siaran RTM adalah tertakluk kepada garis panduan lembaga penapisan filem yang berpandukan kepada prinsip rukun negara. Setiap penerbitan perlu peka terhadap kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan rakyat dan negara malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum, agama dan budaya. elemen vhsc – violence, horror, sex and counter-culture tidak dibenarkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di TV swasta negara ini.
4.0 ISU KESELAMATAN MEDIA INTEGRATIF.
(Bidang forensik menggunakan media-DNA DIGITAL(forensik komputer berjaya mengesan penjenayah komputer)
Dalam industri perubatan, DNA merupakan satu ujian yang dilakukan keatas seseorang bagi mengenalpasti penyakit, keturunan dan sebagainya. Begitu juga ujian yang dijalankan keatas mayat-mayat yang dinamakan ujian forensik bagi tujuan pengenalpastian atau pengecaman punca kepada pelbagai kemungkinan kematian serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Kini dengan adanya perkembangan pesat dunia teknologi pengkomputeran digital, maka ia telah diaplikasikan ke atas bidang perubatan seperti pengujian forensik ini.
Disebalik kebaikan yang diperolehi dari pembangunan teknologi ini, terdapat juga aktiviti negatif yang telah dilakukan oleh individu untuk kepentingan peribadi. Antara aktiviti negatif dalam dunia siber masa kini adalah seperti penggodaman komputer, serangan virus perosak komputer mahupun data, penggintipan dan kecurian maklumat. Bagi mendapatkan bukti-bukti dalam penyiasatan jenayah komputer untuk disabitkan kepada undang-undang keadilan merupakan tugas utama bidang forensik komputer kerana ia merupakan suatu teknologi yang bertujuan membantu analisis , penemuan bukti-bukti serta penyiasatan. Sebarang penemuan maklumat dan bukti-bukti dari hasil siasatan amat diperlukan untuk isu jenayah siber dan penipuan termasuklah penipuan sistem, pelanggaran hak cipta terpelihara, penyalahgunaan email, dan pelbagai aktiviti berkaitan dengan penyalahgunaan komputer.
Penjenayah dalam dunia nyata mahupun dunia maya akan sedaya upaya menyembunyikan perbuatan jenayah mereka agar tidak dapat dikecam dan ia menjadi tugas teknologi forensik pengkomputeran bagi mengesan penjenayah terbabit. Seperti kes di Eropah didapati satu jawatankuasa untuk menangani permasalahan yang berkaitan dengan jenayah ICT telah ditubuhkan oleh pasukan Interpol di Eropah pada tahun 1990 setelah kes pertama dikesan pada tahun 1989 menurut John Austen pakar keselamatan ICT yang juga terlibat dalam pembentukan unit jenayah komputer Scotland Yard. Kes pertama yang dikesan pada tahun 1989 tersebut adalah merupakan kes yang berkaitan penyebaran virus melalui disket yang membabitkan cakera keras mampu di format lebih 20,000 institusi kesihatan di seluruh dunia.
Kes tersebut menjadi rumit pada ketika itu kerana pihak berkuasa menghadapi kesukaran dan ketiadaan pakar dalam menjejak perbuatan jenayah terbabit serta ini didapati telah dilakukan oleh sebuah syarikat dari Panama. Semenjak kejadian itu juga berkembangnya dengan pantas aktiviti jenayah pengkomputeran terutamanya selepas seluruh dunia menerima total Internet. Lazimya, ancaman komputer ini bukan sahaja dilakukan oleh individu biasa malah turut melibatkan penggodam professional, penjenayah terancang, agensi perisikan, media sambilan, agensi penyiasatan malah aktivis politik turut terlibat. Jenayah komputer ini melibatkan seluruh dunia menerima ancaman dan ia memerlukan persediaan yang rapi menghadapi permasalahan ini kerana ia akan memberikan kesan buruk juga kepada Malaysia walaupun kini giat menjalankan proses pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Datuk Amar Leo Moggie selaku Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia berkata bahawa Malaysia menganggarkan kira-kira 22 juta kerugian bagi menyelesaikan masalah berkaitan ancaman serangan ICT. Pelbagai kategori jenayah diperolehi oleh Pusat Keselamatan dan Tindakbalas ICT Kebangsaan (NISER) iaitu spam, pengeboman mel, seranagan virus, pemalsuan ancaman penggodam, dan pencerobohan serta penafian perkhidmatan (DoS). Dalam statistik NISER, sebanyak 700 kes keselamatan ICT dari sekecil permasalahan seperti mengubah muka hadapan laman web hingga pengugutan rangkaian serta pencerobohan komputer pelayan web di dapati di Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan dan swasta telah mengambil pelbagai langkah keselamatan untuk menjamin ICT dapat berkembang tanpa sebarang permasalahan disebabkan oleh ancaman serangan komputer.
Bagi mengukuhkan pemantauan dari kerajaan dan swasta, pelbagai langkah telah diperkenalkan antaranya pengenalan kepada undang-undang siber, penubuhan agensi keselamatan iaitu MyCert dan NISER serta perkhidmatan terkini yang baru diwujudkan adalah Perkhidmatan Forensik Komputer yang dapat membantu mengesan bukti-bukti digital penjenayah komputer yang dikehendaki. Oleh kerana kepakaran yang luar biasa penjenayah ICT ini, identiti serta jejak mereka boleh dimusnahkan sebaik aktiviti negatif tersebut dilaksanakan sekaligus mencabar kredibiliti Perkhidmatan Forensik komputer yang terlatih ini.
NISER telah menawarkan perkhidmatan berkaitan pengumpulan maklumat, pemulihan kehilangan maklumat kritikal, pengenalpastian maklumat atau bukti-bukti kritikal, dan perlindungan kepada data elektronik ketika menjalankan proses ujian forensik. Makmal NISER telah digunakan untuk tujuan menganalisis maklumat dimana ia mampu mengeluarkan semula fail-fail tersembunyi dan fail-fail swap. Data-data tersebut juga akan disalin terlebih dahulu kepada komputer lain agar analisis tersebut dapat dijalankan. Selain itu, perkhidmatan pemulihan atau pengembalian semula data-data dari cakera keras yang diformat dan komputer yang dipadam turut ditawarkan. Perkhidmatan oleh NISER mengenakan kadar bayaran mengikut kredit jam pasukan penyiasat forensik bekerja dalam melakukan penyiasatan. Sebarang maklumat lanjut berkaitan NISER boleh juga diperolehi menerusi laman web www.niser.org.my.
Walaubagaimanapun,usaha dilakukan bagi meningkatkan mutu serta kualiti pakar dalam bidang Perkhidmatan Forensik Komputer dengan kepelbagaian pendekatan teknik mahupun kaedah dalam penyembunyian jejak penjenayah. Pakar ini juga seharusnya melihat pelbagai faktor dalam memberi penekanan yang teliti sehingga jejak penjenayah siber tersebut berjaya dikesan walau hingga ke akar umbi. Kita sebagai pengguna hendaklah berwaspada agar tidak menjerumuskan diri dalam kegiatan jenayah siber ini kerana ia menyumbang kepada permasalah pelbagai pihak bagi mengatasinya.
5.0 ISU KERAHSIAAN MEDIA INTEGRATIF
(WikiLeaks pencuri senyap dalam dunia siber)
WikiLeaks semakin popular pada masa kini. Wikileaks merupakan pertubuhan antarabangsa di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit sesebuah negara lain. laman web ini dilancarkan pada tahun 2006 sebagai pertubuhan media baharu yang menerbitkan berita yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat internat yang dibocorkan. Pertubuhan ini dikendalikan oleh The Sunshine Press yang diasaskan oleh penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi Syarikat baru dari negara Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.
Menurut rencana akhbar The New Yorker (7 Jun 2010) seorang ketua editor dan juga wartawan yang berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarah bagi pertubuhan ini. Selepas setahun pertubuhan ini dilancarkan, laman ini dikatakan telah menyimpan dokumen lebih daripada 1.2 juta. Julian Assange turut menerima konstroversi apabila beliau sedang dalam proses pendakwaaan di Sweden atas tuduhan merogol. Berita tentang pembocoran maklumat sesebuah negara dan kisah peribadi beliau menjadi sangat popular pada masa kini di media.
Wikileaks yang mendedahkan pembocoran maklumat sulit negara tertentu telah mencetuskan beberapa isu antarabangsa termasuklah serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan, isu pembebasan pejuang demokrasi Aung San Su Kyi oleh Junta yang merupakan tentera Myanmar. Wikileaks telah membongkar segala maklumat sulit tentang negara kuat iaitu Amerika Syarikat. Negara ini turut menerima bahana daripada pendedahan maklumat sulit negara mereka.
Sememangnya, negara ini telah mengambarkan bahawa negara yang memuji diri sendiri sebagai negara yang paling bertamadun di dunia tidaklah sehebat mana jika dilihat dari mana-mana aspek pun. Di medan perang, mereka membunuh sesuka hati serta memusnahkan negara musuhnya tanpa sifat kemanusiaan. Di medan diplomatik, mereka sentiasa berprasangka negatif dengan negara lain. Tanggapan mereka sahaja yang paling benar dan sempurna serta paling gagah. Mereka bertindak mengintip ala James Bond yang sangat bias. Wikileaks berjaya mendedahkan banyak tindakan jahat yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Ini dibuktikan isu pada tahun April 2010, Wikileaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S di sebuah tapak Web yang dipanggil Collateral Munder. Pada Julai 2010, Wikileaks menyiarkan Diari perang Afghan susunan lebih 76,900 doumen risikan A.S mengenai perang Afghanistan.
Wikileaks tidak memilih mana-mana negara tertentu untuk pembocoran maklumat sulit negara. Malaysia tidak terkecuali , malah apabila ternyata negara berkenaan menyimpan perasaan dengki terhadap Malaysia. Dalam kes ini, sekiranya pendedahan kabel diplomatik dan dokumen-dokumen sulit kepada negara lain menyebabkan negara akan menerima ancaman bahaya dari aspek mana-mana pun. Malah mereka umpama talam dua muka – berbuat baik apabila bersemuka tetapi mengeji di belakang. Sememangnya adalah wajar tindakan Malaysia menghantar nota bantahan keras berdasarkan pendedahan Wikileaks sangat tepat dan kena pada masanya.
Amerika Syarikat yang mendesak negara-negara dunia untuk berfikiran terbuka dan telus seperti mereka akhirnya terperangkap dengan agenda permainan sendiri. Apabila terkena dengan batang hidung sendiri mereka mendakwa Wikileaks adalah keterlaluan dan boleh mngancam dunia pada masa kini. Ini adalah tidak lebih daripada “ cakap tak serupa bikin”.
Dalam era globalisasi mendesak wikileaks yang menjadi fonemena baharu dasar yang luas terbuka yang ditawarkan oleh jaringan teknologi komunikasi dan maklumat. Kewujudannya tidakdapat dihalang atau dibunuh kerana benihnya merata-rata di dalam internat.
Walaupun menimbulkan keburukan dalam aspek tertentu. Pendedahan Wikileaks turut mendatangkan kebaikan. Jelas ketara adalah dalam aspek pendedahan “membuka pekung di dada”. Kumpulan tertentu yang selama ini cuba berselindung. Terserahlah kepada rakyat untuk menilai kebenarannya- tepuk dada tanya selera!
Selain itu, Wikileaks meningkatkan persediaan negara menghadapi sebarang ancaman dari segi pertahanan, politik dan ekonomi yang tidak dijangka. Melalui pendedahan ini, negara tertentu lebih berwaspada dalam menghadapi sebarang keadaan seperti perumpaan “ sediakan payung sebelum hujan”.
Kita dapat mengambil ikhtibar daripada fenomena Wikileaks iaitu Dasar kerahsiaan maklumat negara adalah perlu diperkukuhkan dan diperketatkan agar tiada kebocoran pada selembar dokumen sulit negara. Pihak yang bertanggungjawab perlu mengetatkan kawalan dan memeriksa mana-mana yang patut sebelum Wikileaks dapat mencuri kabel diplomatik kita. Semua warganegara Malaysia wajib mempertahankan keutuhan kerahsiaan negara. Logo Wikileaks:
6.0 TREND MEDIA INTEGRATIF
Globalisasi membawa arus perubahan dalam pelbagai bidang tertentu termasuklah penggunaan media integratif iannya mengikut peredaran masa dan tempat tertentu.
1. Agenda media integratif memain peranan sendiri dimana mengalami perubahan dari sudut ciri-ciri teknologi seperti saiz lebih kecil, stuktur, harga lebih murah, ringan untuk dibawa oleh pengguna dan mudah didapati. Alat-alat ini Misalnya teknologi media integratif seperti telefon, komputer, kamera digital, televisyen dan radio.
Rajah menunjukkan antara alat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
2. Peningkatan penggunaan media integratif seperti pendidikan, perumahan dan pekerjaan pejabat dan sebagainya.
Rajah menunjukkan penggunaan teknologi media baharu dalam pembelajaran adalah lebih efektif
I) Penggunaan media integratif adalah tujuan pendidikan dan latihan amat penting dan memberi peranan yang besar dalam bidang ini kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, audio, video dan animasi. Media integratif atau dikenali dengan multimedia telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran kearah yang lebih dinamik. Kepentingan aplikasi multimedia dalam pendidikan ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut dengan lebih efektif. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif lebih menggalakkan komunikasi diantara pelajar. Elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia seperti unsure teks, bunyi, video, grafik dan animasi boleh diserap dalam perisaian Pembelajaran berbantukan Komputer (PBK). Sebagai contoh perisaian seperti ensaiklopedia, kamus elektronik dan perisian kursus. Perisian ini adalah jenis pembelajaran di dalam kelas dan pembelajaran kendiri. Ia boleh digunakan ketika berada di sekolah dan rumah. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan serta memahirkan diri dengan pelbagai bidang teknologi terkini dan dapat menghadapi cabaran teknologi baru abad akan datang.
II) Persembahan multimedia turut digunakan dalam perkhidmatan mahupun kerajaan atau swasta. Ianya digunakan untuk menunjukkan proses serta cadangan menggunakan teknologi baru yang berlaku dalam agensi sesebuah organisasi tersebut. Kegunaan pejabat adalah penggunaan kamera video, mikrofon dan pembesar suara serta capture card boleh digunakan bagi kegunaan pejabat seperti kad pekerja dan pangkalan data yang lengkap dengan gambar pekerja. Komputer laptop digunakan beserta persembahan multimedia. Kesedaran organisasi terhadap kepentingan persembahan multimedia menyebabkan banyak produk akan dihasilkan dengan tujuan melancarkan operasi serta member keuntungan organisasi tersebut.
III) Multimedia mengubah cara bagaimana kita membeli belah. Dahulu masyarakat keluar rumah ke kedai-kedai untuk membeli barang dan perkhidmatan namun pada masa kini kebanyakan masyarakat yang celik IT telah menggunakkan perkhidmatan secara online untuk membuat sebarang aktiviti jual beli atau membayar perkhidmatan utiliti. Penggunaan media ini telah memudahkan pengguna melakukan pekerjaan dari rumah masing-masing.
IV) Multimedia mengubah cara bagaimana menggunakan perbankan secara on-line. Contohnya Maybank2U adalah membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di dalam akaun bank mereka dan melihat transaksi kad kredit, memindahkan wang simpanan ke akaun bank lain, melabur duit dalam saham dan membayar bil utiliti secara on-line.
3. Peningkatan penggunaan media integratif dalam pemasaran dan pengiklanan. Multimedia digunakan di dalam perniagaan. Ia bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu. Antaranya ialah persembahan latihan, pemasaran demonstrasi produk, catalog produk dan komunikasi di dalam rangkaian. Pada masa kini persembahan multimedia dapat memupuk minat khalayak yang melihat serta mendengar dengan mencantumkan unsure teks, audio, animasi, klip video dan grafik dalam satu persembahan berbanding dengan menggunakan slide dan overhead projektor yang hanya menggunakan grafik dan teks sahaja. Perkembangan dalam komponen dan teknologi digital- audio, video, animasi.
4. Mengubah cara masyarakat membaca surat khabar kerana perkhidmatan berita terdapat di internat. Melalui teknologi penerbitan elektronik, berita dapat dipertontonkan di website pada setiap masa. Pengguna televisyen mengabiskan masa mereka menonton, internat turut menyediakan bahan yang sama seperti siaran radio, TV dank lip-klip video.
5. Menyediakan conferencing untuk memudahkan perjalanan mesyuarat. Dengan menggunakan teknologi media conferencing membolehkan ahli mesyuarat menyampaikan maklumat mesyuarat walaupun dalam jarak yang jauh. Syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video conferencing pada syarikat lain.
Rajah menunjukkan penggunaan teknologi video conferencing
7.0 KESIMPULAN
Perkembangan teknologi media integratif adalah fenomena yang tidak dapat disangkal kepentingannya. Teknologi ini diguna secara meluas dan semakin popular dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penggunaan teknologi ini bukan lagi dianggap sebagai satu kehendak pada masa kini, tetapi sudah dianggap sebagai salah satu kepentingan kerana penggunaanya yang merentasi sempadan dapat memudahkan urusan seharian.
Jika di lihat dari segi teknologi, ianya berkembang dengan begitu pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan dengan kepelbagaian aplikasi yang dicantumkan seperti audio, video, teks, grafik dan animasi yang dikenali sebagai media integratif. Gajet seperti telefon ini yang asalnya hanya mempunyai fungsi teks, dan audio telah di cantumkan dengan kepebagaian media sehingga fungsinya telah setaraf dengan internet yang mempunyai aplikasi untuk berchating, panggilan video, animasi, dan sebagainya. Gajet ini juga turut mempunyai aplikasi dimana pengguna boleh menjadikanya sebagai televisyen yang mana mereka boleh mengakses pelbagai siaran mengikut kehendak pengguna itu sendiri.
RUJUKAN
Trend media Integratif. Capaian pada 23 Mac 2011, daripada http://subricct2013.blogspot.com/2009/02/multimedia-dalam-pelbagai-bidang.html
Definisi dan kebocoran wikiLeak. Capaian pada 26 Mac 2011, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/WikiLeaks
Kerahsiaan perlu Dipertahankan.Capaian pada 28Mac 2011, daripada http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=946
Penggunaan Multimedia dalam Forensik. Capaian pada 28 Mac 2011, daripada http://clasique87cct2013.blogspot.com/2009_02_01_archive.html
Maklumat Seni Filem Malaysia. Capaian pada 29 Mac 2011, daripada http://www.filemkita.com/maklumat/1/lpf_01.html
Harakah Daily. Capaian pada 30 Mac 2011, daripada http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=comcontent&view=article&id=2854: iklan-kontroversi-kementerian-patut-dipersalahkan&catid=1:utama&Itemid=50
Kebebasan Media di Malaysia. Capaian pada 30 Mac 2011, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_media_di_Malaysia
Isu Undang-undang Dan tangunggan. Capaian pada 30 Mac 2011, daripada http://bloglegalliability.blogspot.com
Syd Abdul Rahman Syd Zin, Bahtiar Mohamad, Haslina Halim, Suhaini Muda (2009). Etika dan Kepemimpinan dalam Komunikasi. Selangor: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


Ulasan