bErsantai d pErsisiran Pantai Tinagat
2 bulan lagi berada di bumi sintok terasa kerinduan pada kampung halaman "bersantai di
persisiran pantai Tinagat" adalah impian nak balik kampung lebih awal lagi. Terbayang di
fikiran kampung Tinagat dimana ianya adalah kampung halaman yang menjanjikan seribu juta
kenagan sukaduka sejak dari kecil sehingga ke hari ini.
kampung Tinagat dikenali dengan pantainya yang cantik. kampung Tinangat terletak di
bahagian timur laut bandar Tawau. Kampung ini terletak tidak jauh dari kawasan bandar
menaiki kenderaan untuk sampai ke bandar mengambil masa 30 minit sahaja.
rumah aku berhadapan dengan laut dan boleh kelihtan pulau seberang iaitu negara Indonesia.
Menurut kata-kata Orang tua kampung ini, kewujudan nama Tinagat di ambil sempena
perkataan tidung iaitu "memanjat". penduduk asal kampung Tinagat dahulunya adalah
masyarakat suku kaum Tidung. Penduduk asal lebih mengamal cara hidup pertanian dan
nelayan laut pinggir pantai.
pada masa kini, dengan kemajuan pembangunan yang semakin pesat di kawasan bandar. Pada
yang sama memberi kesan yang positif kepada penduduk kawasan pinggir bandar dan
sekitarnya.
kini, kampung Tinagat terkenal dengan kawasan perikanan dan pelancongan. pada hujung
minggu terutama pada cuti sekolah, kebanyakkan orang bandar datang ke kampung Kami
menikmati suasana keindahan pantai. Di pantai Tinagat yang memiliki pantai yang yang bersih,
jeti nelayan. ianya menjadi keseronokan para pengunjung menikmati angin pantai. Melakukan
aktiviti reakreasi pantai seperti mandi manda, berkelah, memancing dan lain-lain.
Seronok berada di pinggir pantai selain daripada melakukan aktiviti pantai dan riadah. Kita
dapat membuat BBQ. Ini aku nak berkongsi pengalaman aku semasa memasak di pantai.
Kisah aku ketika berkelah bersama Keluarga. Kami merancang nak makan bersama di tepi laut.
kami yamg pergi ke laut pada ketika itu termasuklah aku, mak, mak cik Yah, Mak cik Alus
adekku si Ucup dan Ira, sepupu ku termasuklah Mega, Kherul, kajol
sebelum itu, kami buat unggun api. pada masa yang sama air laut tengah surut jadi kesempatan
mak dan mak cik2 aku cari birai. aku dan adek aku di suruh jaga api dan masak sekali. memang
pada waktu itu, kami sedang "survival". sesetengah bahan makanan telah siap kami bawa
daripada rumah antaranya air minumanbekalan nasi, sambal belacan dan ikan goreng. Menu
yang kami buat hari itu adala birai masak rebus dan pucuk ubi. kami semua berselera makan.
dengan tempat kami berkelah di bawah pokok bakau...memang best..huhuhu~~
sememangnya, kalau aku boring duduk lama kat rumah, masa sebelah petang aku ajak adek2,
kawan2 dan sepupu aku p mandi laut.
sebelum itu, mesti minta izin keluar daripada ibu bapa terlebih dahulu. adek2 sukalah bila diajak
keluar p laut untuk mandi. adek2 ku memang suka
p laut mandi laut terjun daripada jeti. suka sangat la dorang ne buat lagak2 macam penerjun
kebangsaan. umo adek, sepupu dalam 7 & 8 tahun.. lelaki plak tu, mesti kena jaga dorang ne..
yang jaga mereka ne semestinya aku..dorang ne la asyik kena marah oleh aku, aku kena jerit
dorang. marah budak2 ne pun ingatkan dorang supaya tak mandi di laut yang dalam. kalau tak
aku awas!!..hehehe ada nanti kena pulas telinga. lastly aku y tak mandi disebabkan menjaga
depa..sabo jer la..yang paling penting tanggungjawab ku jaga depa..


Ulasan